Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menurunkan 173 pegawai dan anggotanya dari Pasukan Simpanan Persekutuan dan Briged Tengah serta Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am dalam misi pasca banjir di kawasan terjejas bencana dekat Janda Baik, Pahang.
Turut bersama-sama dengan penduduk yang terjejas sejak hari pertama ialah warga Polis Daerah Bentong yang begitu dekat di hati masyarakat setempat.
Hadir bersama-sama untuk menaikkan semangat juang warga Pasukan ialah Ketua Polis negeri, CP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf.