Rembau, 24 Mei 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Teramat Mulia (Y.T.M.), Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Dato’ Hj. Muhamad Sharip Hj. Othman di Pejabat Balai Undang Luak Rembau, di sini.
Kunjungan Tan Sri Acryl Sani ke atas Y.T.M. Dato' Lela Maharaja Dato’ Hj. Muhamad Sharip itu merupakan yang pertama sejak beliau dilantik memimpin Pasukan.
Terdahulu, Tan Sri Acryl Sani telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Balai Polis Rembau dan ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis Balai Rembau, Inspektor Ramlah Alidin. Dalam lawatan tersebut, KPN berkesempatan beramah mesra dengan warga kerja balai selain turut menyampaikan amanatnya kepada mereka.
Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ruslan Khalid, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Hazri Mohamad.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.