Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: ANGGOTA BSPT IPD AMPANG JAYA BANTU ALIHKAN TIANG LAMPU JALAN TERBALIK

Tahniah diucapkan kepada tujuh anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya iaitu Sarjan Vetrivel M.Rajamanikam, Sarjan Chairil Umam Mohd Bahari, Koperal Khairil Anuar Suradi, Lans Koperal Masri Moslen, Konstabel Muhamad Hafizi Shahrom, Konstabel Muhammad Noor Akmal Abd Rahman dan Konstabel Akmal Khuzairi Mohd Radzi kerana bantu mengalihkan tiang lampu terbalik akibat dilanggar sebuah kenderaan yang terbabas di Jalan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kuala Lumpur di sini, pagi tadi.

Ucapan penghargaan atas kerjasama dengan orang awam untuk mengalihkan tiang lampu tersebut bagi memastikan lalu lintas berada dalam keadaan yang lancar.

Semoga keikhlasan anda semua dalam menjalankan tugas dapat menjadi pedoman buat warga Sang Saka Biru serta masyarakat untuk terus melakukan kebaikan.



Sumber: Polis Daerah Ampang Jaya Page

Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=1241948809674187
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS