Langkawi, 25 Mei 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain semalam menguji beberapa jenis senjata api dan peralatan optik yang diadakan di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM), di sini.
Antara senjata api yang dibuat uji nilai ialah Sniper Rifle .308 Gladio V Jenama Victrix, Assault Rifle 7.62mm ARX - 200 DMR dan Pistol 9mm APX Combat jenama Beretta dari syarikat pembekal berpengalaman dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara, Aliran Nova Sdn. Bhd.
Beberapa peralatan optik tanpa kos dan obligasi yang turut diuji nilai tadi ialah Thermal Imaging Optix Identifier 60, Thermal Imaging Optix IR 35 serta Night Vision Optix Diana M40 dengan dipantau ketat oleh Unit Kejuruteraan Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman.
Yang turut hadir, Pengarah JLog, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan, Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato’ Mohd Roze Shaari, Komander 69 Komando, SAC Dato’ Abdul Razak Mohd Yusoff, Komander Unit Tindakhas, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah, Pengarah Syarikat Aliran Nova Sdn. Bhd., Encik Mohd Husaini Ariffin bersama Encik Noor Alhan Ismail.