Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#WarAgainstDrugs VIDEO PILIHAN: EMPAT LELAKI DITAHAN EDAR SYABU RM1.4 JUTA

Kajang, 30 Mei 2022 - Satu sindiket pengedaran dadah yang aktif mengedar syabu di sekitar Lembah Klang, tumpas susulan tangkapan empat lelaki termasuk seorang warga Ukraine di kawasan letak kereta dekat Batu 11, Cheras di sini, pada 24 Mei lalu.
Suspek berusia di antara 30 hingga 44 tahun itu ditahan dalam serbuan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Dalam serbuan itu, polis merampas 39.9 kilogram (kg) dadah yang disimpan dalam satu kotak coklat terdiri daripada 11 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki Methamphetamine (syabu) seberat 10.7 kilogram (kg).
Selain itu, tiga bungkusan teh cina mengandungi 55 peket plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki Syabu seberat 2.8kg serta 25 bungkusan plastik juga disyaki mengandungi dadah jenis itu seberat 25.4kg.
Ketua JSJN Selangor, ACP Ahmad Jefferi Abdullah berkata, ketika serbuan, suspek warga Ukraine sedang mengangkat kotak coklat berisi kesemua dadah dianggarkan bernilai RM1.4 juta itu dari sebuah kereta jenis PERODUA Bezza bersama tiga suspek lain.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti cara ia dibawa ke Selangor.
"Siasatan mendapati sindiket ini aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah jenis Methamphatime di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu. Kita sedang mengenal pasti modus operandi mereka.
"Semakan mendapati lelaki Ukraine berusia 44 tahun itu sudah dua kali masuk ke negara ini dengan kali pertama pada April lalu dan kali kedua pada 10 Mei lalu dengan sejarah perjalanan mendapati suspek pernah ke Thailand sebelum ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../warga-ukraine-antara-empat...
Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS