Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: TUJUH POS SEMPADAN PGA BAHARU DI SARAWAK AKAN DIMUKTAMAD – KPN

Kuching, 22 Jun 2022 - Tujuh lokasi pos kawalan sempadan baharu Pasukan Perakan Am (PGA) di Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Katanya pihaknya juga telah mendapatkan pandangan dan persetujuan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj. Openg mengenai lokasi pos tersebut yang dicadang dibina di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak.

Menurutnya, peruntukan untuk membina pos kawalan baharu itu juga telah diluluskan kerajaan dan ia harus dibelanjakan pada tahun ini.

“Oleh sebab itu, kita berbincang dengan Tan Sri Abang Zohari bagi memastikan lokasi pos ini betul-betul sesuai, strategik dan dapat memainkan fungsi dan peranannya dengan baik.

“Di samping itu, kita juga mahu pos tersebut menyediakan perkhidmatan polis asas seperti tempat membuat laporan polis buat penduduk di kawasan berdekatan pos tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tan Sri Abang Zohari di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2093464#

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS