Berita

KPN HADIR TAKLIMAT KESELAMATAN PREMIER SARAWAK


Kuching, 22 Jun 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Taklimat Keselamatan Wilayah Sarawak kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj. Openg yang diadakan di Bilik Mesyuarat Premier Sarawak, di sini.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali yang merangkumi empat aspek iaitu, situasi kawalan sempadan negeri Sarawak, pembinaan tujuh pos baharu, jalan rondaan keselamatan dan cadangan pembinaan 'landing pad'.

KPN dalam ucapannya menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia sentiasa peka terhadap perkembangan geostrategik serantau termasuk yang berlaku dalam negara. Tambahanya lagi, isu keselamatan bukan hanya menyentuh aspek jenayah sahaja, malah melibatkan keselamatan ekonomi, politik dan sosial.

“PDRM akan terus mengambil langkah proaktif bagi mengawal ketat sempadan negara daripada pencerobohan serta membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan dan aktiviti penyeludupan yang secara langsung mengakibatkan ketirisan hasil pungutan cukai negara. Ini termasuklah dengan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Sarawak, susulan kerancakkan pihak negara Indonesia yang dalam proses pemindahan ibu negara baharu dari Jakarta ke Kalimantan Tengah” ujar beliau.

Turut hadir dalam taklimat tersebut, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Sosio Ekonomi), Dato’ Sri Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Datuk Mohd Azman Ahmad Sabri, Setiausaha Bahagian (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Tuan Zulkifli Abidin serta Pengarah Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan Sarawak, Datu Dr. Chai Khin Chung.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people and people standing

No photo description available.

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 1 person, sitting, suit and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS