Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH TUDMSETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH TUDM

Subang Jaya, 1 Julai 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang melakukan penerbangan ihsan membawa anggota Pasukan yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) I, Kota Kinabalu, Sabah.

Penerbangan ihsan yang membawa Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Awang yang sebelum ini bertugas di Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Komunikasi Korporat dan kini terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya tahun lalu, telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang serta selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam lebih kurang 11.30 pagi tadi disambut oleh Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, SAC Datuk Zabidi Hj. Md Zain.

KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga PDRM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas bantuan yang telah dihulurkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM serta warga TUDM kepada PDRM.

Pesawat jenis C 130 – Charlie yang diterbangkan oleh Mejar Mohamad Amirul Mohd Deran TUDM dan dibantu Kapten Muhammad Faris Omar TUDM turut membawa isteri pesakit, Puan Roslina Lan bersama pegawai perubatan dari HKL, Dr. Siti Jamilah Abdullah Khalit serta jururawat kanan, Puan Norshakina Zulkiffli.

Penghargaan turut diberikan kepada IPK Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu atas bantuan dan kerjasama yang diberikan sepanjang proses pemindahan Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz dari KKIA ke HQE I.

Turut hadir pagi tadi sebelum pelepasan pesawat adalah Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan, Superintendan Komunikasi Korporat PDRM, Superintendan Mohamad Jahangir Ali, Superintendan Kebajikan/Kepolisan Am, Jabatan Pengurusan, Superintendan Mohammad Sabri Hj. Abd Kadir, Pegawai Staf 2 Penugasan Pesawat, Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mejar Nazhar Abdullah TUDM dan para pegawai PDRM serta TUDM.

Jurugambar: Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar

May be an image of 12 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person and indoor May be an image of 1 person and indoor



May be an image of 4 people, airplane and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 1 person, standing, indoor and text

May be an image of 3 people, people standing, aircraft and outdoors May be an image of 3 people, people standing, aircraft and outdoors




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS