Lahad Datu, 2 Ogos 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berbesar hati merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Tiger Platoon,
Briged Sabah PGA Official, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos
Pasukan Polis Marin W4 Sabah (PPM), Pulau Tabawan, di sini.
Seramai 86 peserta kursus yang terdiri daripada dua pegawai kanan dan 84 anggota lain-lain pangkat telah berjaya menamatkan latihan dengan penuh semangat dan cekal. Majlis menjadi lebih bermakna buat Koperal Johnica Solomon dari Batalion 16, PGA, Kota Kinabalu yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik dalam kursus siri 1/2022 kali ini.
Terdahulu, beliau telah dibawa menyaksikan pertunjukan demonstrasi pertempuran amfibia oleh Tiger Platoon meliputi Pertempuran Laut (Sea Combat), "Fight In Built Up Area" (FIBUA), "Counter Insurgency Warfare" (CIW) dan Mengeluarkan Pesakit Menggunakan Pesawat Udara (MEDEVAC) di Medan FIBUA, Pulau Tabawan.
Hadir sama dalam lawatan kerja tersebut, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Ketua Staf Perisikan
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), SAC Datuk Mat Zaki Md Zain, Komander PPM, Bukit Aman, SAC Rosman Ismail, Ketua Cawangan Perisikan Siasatan Khas Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Mohamad Azlin Hj. Sadari, Ketua Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, SAC Dzulkhairi Mukhtar, Ketua Staf Operasi Darat ESSCOM, SAC Chandrasehkaran Muthu, Ketua Pasukan Khas ESSCOM, SAC Mohd Ali Tamby, Ketua Staf Siasatan Khas ESSCOM, SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dan pegawai kanan.