Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ENAM PEGAWAI PDRM BERJAYA TAMATKAN KURSUS "COUNTERING INTERNATIONAL DRUG TRAFFICKING, ILLICIT TRAFFICKING IN NARCOTIC DRUGS AND PSYCHOTROPIC SUBSTANCES"

Kuala Lumpur, 4 Ogos 2022 - Seramai enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menamatkan Kursus "Countering International Drug Trafficking, Illicit Trafficking in Narcotic Drugs and Psychotropic Substances" dan menerima sijil dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Kedutaan Rusia, Jalan Ampang, di sini, petang ini.

Sijil tersebut telah disampaikan oleh Duta Besar Rusia di Malaysia, H.E. Naiyl M. Latypov kepada Pengarah Perancang dan Program Sekretariat Polis Asean (ASEANAPOL), Superintendan Tang Yik Tung, ASP Perancang dan Program ASEANAPOL, ASP Engku Nurul Aini Engku Malek, ASP Analisis Media/Rangkaian/Keselamatan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, ASP Mohd Adlin Arifin, ASP Unit Risikan Zon II (3), JSJN Bukit Aman, ASP Suhaizam Mat Hassan, ASP Unit Zon I (4), JSJN Bukit Aman, ASP Nirmala Seelan Kumara dan ASP Risikan/Operasi/Tahanan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, ASP Azhar Mohamad Amir.

Penolong Pengarah E3 (M), Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Azhar Sepawi yang hadir mewakili Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kedutaan atas usaha sama yang terjalin dengan PDRM.

"Semoga kerjasama antara PDRM dengan pihak Kedutaan Rusia akan mengeratkan lagi usaha dalam memantau dan mengekang sindiket pengedaran dadah di peringkat tempatan serta antarabangsa," ujar beliau lagi.

Kursus yang dijalankan secara dalam talian itu telah berlangsung dari 16 hingga 20 Mei lalu dan turut disertai 46 peserta lain dari Singapore Police Force, Polis Diraja Brunei, Cambodian National Police, Kepolisian Negara Republik Indonesia, Myanmar Police Force, Philippines National Police, Lao Police Force, Royal Thai Police dan Office of Investigation Police Agency Vietnam.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL, Police Brigadier General Zaw Lin Tun dan Pegawai Turus E3A, Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Goh Saw Khim.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text that says 'senta' f the nced to Malay CERTIFICATE TANGYIKTUNG'

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text that says 'presentatir ers of the A advanced eration to Malaysia pov ERTIFICATE MOHDAD T'

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text that says 'dicated to cement of ully pursu g course 愛 the Russian Fede cy Mr. Naiyl Laty August 2022 CERTIFICATE ZHARBINMAMADAMR RM PUESA'

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS