Kuala Lumpur, 6 Ogos 2022 - Atlet bina badan dari Kontinjen
Polis Selangor, Lans Koperal Amsyar Anaqie Azahar hari ini dinobatkan johan kategori "Champion Of The Champions" dalam Kejohanan Bina Badan Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2022.
Beliau menewaskan dua peserta lain dalam kejohanan yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
Bagi kategori "Men Bodybuilding Up to 75 kilogram (kg) (Welter and Light Middle Weight)" pula menyaksikan Lans Koperal Mohd Izzul Hazziq Rafaree dari Kontinjen Sabah dipilih sebagai johan. Manakala Konstabel Ariff Amaruddin Azmi dari PULAPOL Kuala Lumpur dan Sarjan George Saligi dari Kontinjen Sabah, masing-masing berpuas hati di tangga kedua dan ketiga.
Menerusi kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, jawatankuasa penganjur berjaya menarik 38 peserta dari kesemua kontinjen dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk Bukit Aman untuk menyertai pertandingan.
Selain dua acara utama tersebut, empat lagi acara lain turut dipertandingkan iaitu "Men Athletics Physique - Below 170cm", "Men Athletics Physique - Above 170cm", "Men Bodybuilding Up To 65kg and 70kg (Bantam & Light Weight) dan "Men Bodybuilding Up To 85kg (Middle, Light Heavy and Heavy Weight)".
Hadir sama, Pesuruhjaya
Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah, Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat, Bendahari Persekutuan Bina Badan Malaysia, Mejar Syed Fairus Syed Ali (Bersara), Pengarah Urusan Westezt Sdn. Bhd., Dato' Roslan Rosdi serta para pegawai kanan.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.