Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN ANUGERAHKAN P.J.P.N. KEPADA TIGA PESARA POLIS KONTINJEN SABAH

 
Kota Kinabalu, 8 Ogos 2022 - Seramai tiga pesara polis era darurat hari ini dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain di sini.

Penganugerahan P.J.P.N. kepada kesemua pesara polis itu sebagai penghargaan Pasukan atas khidmat bakti yang telah mereka curahkan untuk mempertahankan keamanan dan keselamatan negara, suatu ketika dahulu.

Para pesara polis yang disantuni di kediaman masing-masing itu ialah Pesara Sub Inspektor Awang Zainal Piut, Pesara Sub Inspektor Salbiah Kampun dan Pesara Sub Inspektor Wazir Ansugang @ Wajil Gumban.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin dalam rangka lawatan kerja ke Kontinjen Sabah telah mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bilangan 2/2022 yang berlangsung di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu, dekat sini.

Menerusi amanatnya, beliau berharap agar Pegawai Pemerintah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di kontinjen serta daerah dapat memastikan pemantauan serta risikan dapat dijalankan secara maksima agar bulan kemerdekaan kali ini dapat disambut dalam suasana yang harmoni.

"Tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa perlu diambil terhadap individu mahupun kumpulan yang tidak bertanggungjawab mencabar maruah negara", ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah bersama timbalannya, DCP Datuk Jauteh Dikun, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, SAC Datuk Zabidi Hj. Md Zain dan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan.

Sumber: Hal Ehwal Awam, Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
 
May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS