Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN HADIR MAJLIS APRESIASI PROGRAM KITA DEMI NEGARA BERSAMA MDN

 
Putrajaya, 11 November 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah menghadiri Majlis Apresiasi Program Kita Demi Negara Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN) yang diadakan di Hotel The Everly, di sini, petang tadi.

Berucap dalam majlis tersebut, Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin bersama kepimpinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menzahirkan penghargaan kepada semua pemimpin di kementerian, agensi dan jawatankuasa yang telah menjayakan kempen Kita Demi Negara selepas ia dilancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 17 Mac 2021.

Turut berlangsung dalam majlis tersebut adalah Penyampaian Sijil Penghargaan kepada ketua-ketua jawatankuasa program atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan selama ini.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha KDN, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato' Mohd Sayuthi Bakar, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah, Ketua Polis Perak, CP Dato’ Mohd Yusri Hassan Basri dan warga KDN.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.
 

May be an image of 10 people, people standing and text

May be an image of 1 person and text that says 'MENTERI @HAK KD / The #TheEverly Everly PUTRAJAYA'

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing, indoor and text that says 'ACRYLSANI'

May be an image of 12 people, people standing, indoor and text

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 11 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing, suit and text

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS