Kuching, 12 November 2022 - Lawatan kerja selama dua hari oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain ke Kontinjen Sarawak yang bermula semalam berakhir dengan melawat Pos Keselamatan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Telok Melano, tadi.
Beliau yang tiba melawat pos kawalan sempadan negara dengan Indonesia itu turut diiringi Pesuruhjaya
Polis Sarawak, CP
Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri.
Selain meninjau penugasan anggota yang mengawal sempadan negara, Tan Sri Razarudin sempat meluangkan masa melihat fasiliti yang terdapat di pos kawalan tersebut.
Dalam sesi dialog dengan anggota polis di sana, Tan Sri Razarudin menekankan kepentingan untuk tingkatkan disiplin dan keterampilan diri di samping meningkatkan semangat untuk melindungi negara serta rakyat.
Hadir sama dalam lawatan tadi ialah Timbalan Pengarah
Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato Mancha Ata, barisan Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Komander
Briged Sarawak, SAC Dr. Che Ghazali Che Awang dan Ketua-ketua Polis Daerah serta Formasi Kontinjen Sarawak.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin