Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PIALA EMAS RAJA-RAJA 2022 EDISI 100 TAHUN: KPN HADIR BERI SOKONGAN KEPADA 'THE COPS'


Petaling Jaya, 13 November 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani malam tadi hadir memberikan sokongan kepada skuad Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PBPDRM) atau 'The Cops' menentang Selangor dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja 2022 Edisi 100 Tahun yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini.

Beliau yang juga Penaung PBPDRM tiba di stadium tersebut kira-kira jam 8.30 malam dan disambut oleh Pengarah Pengurusan merangkap Timbalan Presiden PBPDRM, CP Datuk Zaini Jass serta barisan jawatankuasa persatuan bola sepak itu.

Turut berangkat hadir menyaksikan perlawanan itu ialah Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Ahmad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Hampir 500 penyokong setia skuad PBPDRM dari serata kontinjen turut hadir membanjiri stadium untuk menyaksikan dan seterusnya memberikan sokongan padu kepada skuad kebanggaan Pasukan tadi.

Menerusi edisi yang bermula pada 1 Oktober lalu, skuad PBPDRM bersama 13 pasukan dalam gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) dan tiga pasukan jemputan telah mengambil bahagian berentap untuk melangkah ke peringkat akhir kejohanan berprestij itu.

Selepas dua perlawanan tadi, 'The Cops' terpaksa akur merangkul gelaran Naib Juara selepas tewas 2-3 kepada pasukan Selangor menerusi masa tambahan 30 minit.
 
Tan Sri Acryl Sani turut berbesar hati mengalungkan pingat kepada para pemain dan pegawai pasukan selain turut menyampaikan “Mock Cheque” berjumlah RM30,000 kepada Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur merangkap Pengurus PBPDRM, ACP Nasri Mansor.

Hadir sama menyaksikan perlawanan tadi, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Operasi Khas (D8), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman merangkap Setiausaha Kehormat PBPDRM, SAC Hj. Zulkefly Yahya, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, SAC Fazlisyam Abd Majid dan para pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 13 people, people playing sport and grass

May be an image of 7 people, people playing American football, people standing and grass

May be an image of 6 people, people playing American football, people standing and grass

May be an image of 5 people, people playing American football, people standing and grass

May be an image of 1 person, playing American football and grass

May be an image of 5 people, people playing American football, people standing and grass

May be an image of 2 people, people sitting and indoor

May be an image of 5 people, people sitting, people standing, indoor and text that says 'ONET ONET ONET'

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing, outdoors and text that says '20014 BLUES 20 THE 14 THE BLUES'

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'BPJ NIKE'

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 11 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 11 people, people standing and text that says 'PIALA EMAS RAJA-RAJA PNAL PALA BMAS RAJ petrolife'

May be an image of 8 people and people standing

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS