Muar, 14 November 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani memantau persediaan bot penyelamat bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang akan digunakan oleh Balai Polis Panchor dalam misi menyelamat mangsa yang terjejas dengan banjir, semalam.
Kehadiran KPN yang diiringi oleh Ketua
Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat itu diadakan di
Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bakri, di sini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu, Komander
Briged Tengah, PGA, SAC Zulkifli Jonit dan Ketua
Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.