Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PRU-15: CELIK SETIAP PROSES DAN PROSEDUR, SEKAT PELUANG CUBA TIMBULKAN KEKACAUAN

Kuala Lumpur, 15 November 2022 - Petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu celik kepada setiap proses dan prosedur perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi mengelak mudarat besar kepada Pasukan di kemudian hari.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain berkata setiap tindak tanduk warga Pasukan berada dalam radar pemerhatian masyarakat dan perkara yang dianggap kecil atau remeh mampu mendatangkan kesulitan.

"Sebagai contoh, anggota eskot dan kawalan tidak dibenarkan sama sekali menyentuh peti undi.

"Kertas siasatan pilihan raya yang dibuka juga perlu diselesaikan dengan kadar segera dan dirujuk kepada (pejabat) Timbalan Pendakwa Raya bagi mengelakkan kita dituduh berpihak kepada mana-mana parti politik," tegas beliau.

Tan Sri Razarudin menegaskan perkara tersebut ketika mempengerusikan Taklimat Keselamatan dan Bantuan Sumber Manusia Serta Pasca PRU-15 Bagi Kontinjen Kuala Lumpur (KL) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Perdana dekat Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL, malam tadi.

Beliau turut menekankan pentingnya tindakan PDRM untuk menyekat segala ruang dan peluang bagi mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kacau ganggu pasca PRU.

"Kawalan keselamatan dan laluan masuk ke kawasan-kawasan larangan termasuk Bangunan Kerajaan juga perlu diperketat sepanjang tempoh pasca PRU," ujar beliau.

Terdahulu, Ketua Polis KL, CP Dato' Azmi Abu Kassim telah menyampaikan taklimat persediaan PRU Polis KL kepada beliau, diikuti Ketua Cawangan Khas KL, SAC Datuk Abu Samah Mohd Noor berkenaan isu keselamatan semasa.

Mengulas persiapan bencana banjir oleh Polis KL, Tan Sri Razarudin turut memuji kepimpinan Dato' Azmi dalam menyusun strategi terbaik bagi mengelak krisis bencana berulang di bandaraya tersebut.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abd Rahman Atan, barisan Ketua Jabatan IPK KL dan Ketua Polis Daerah serta Formasi KL.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 2 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 11 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, sitting and text

May be an image of 3 people, people sitting, wrist watch and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people sitting and people standing

May be an image of 2 people, people sitting, people standing and text

May be an image of 1 person, sitting and text

May be an image of 1 person, standing, indoor and text that says 'KPD POLIS KUALALUMPUR KUALA'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS