Muar, 14 November 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri
Hamzah Zainudin hadir mendengar taklimat persediaan Kontinjen
Polis Johor menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), di Bilik Mesyuarat Perdana,
Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia, semalam.
Taklimat berkenaan telah disampaikan
sendiri oleh Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan)
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dato' Mohd Sayuthi Bakar, Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA Bukit Aman, CP Dato' Khaw Kok Chin, Timbalan Pengarah
Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan KP Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Johor, Ketua-ketua Polis Daerah dan Formasi Kontinjen Johor.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.