Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] PRU-15: PROSES PENGUNDIAN AWAL PALING SISTEMATIK - KPN

Kuala Lumpur, 15 November 2022 - Proses pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di seluruh negara hari ini disifatkan paling sistematik, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Beliau yang selesai mengundi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 10.20 pagi berkata, berdasarkan laporan daripada 970 saluran melibatkan 578 tempat pengundian seluruh negara yang diterimanya, beliau mendapati proses mengundi dalam keadaan teratur.

"Daripada apa yang saya terima maklum balas daripada pihak pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka menyatakan bahawa proses undi awal pada tahun ini merupakan antara proses yang paling sistematik dan berjalan dengan lancar dan kita harap ia dapat membantu untuk menyelesaikan proses undi awal mengikut tempoh yang telah ditetapkan," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=2138758

Sumber: BERNAMA


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS