Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PRU-15: TIMBALAN KPN DENGAR STRATEGI KONTINJEN PULAU PINANG HADAPI PILIHAN RAYA DAN BENCANA BANJIR

George Town, 17 November 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain bertemu barisan kepimpinan Kontinjen Pulau Pinang hari ini bagi mendengar strategi Polis negeri menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam satu taklimat khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini.

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis (KP) Pulau Pinang, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain itu antara lain menyentuh mengenai persediaan Kontinjen dalam menghadapi bencana banjir, selain penugasan keselamatan dan ketenteraman awam bagi sebarang kemungkinan pasca PRU-15.

Taklimat turut disampaikan oleh Ketua Cawangan Khas IPK Pulau Pinang, SAC Winston Tan Thye Wah dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern.

Sementara itu, Tan Sri Razarudin mengingatkan semua agar setiap perancangan penugasan yang diatur gerak perlu diperhalusi daripada segenap aspek agar beban tugas seimbang, dan dalam masa sama aspek kebajikan terhadap warga Kontinjen kekal menjadi keutamaan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, DCP Dato' Shukri Abdullah, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato' Hussein Omar Khan, Timbalan KP Pulau Pinang, DCP Dato’ Fisol Salleh, Ketua Urusetia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah dan barisan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah serta para pegawai kanan Kontinjen Pulau Pinang.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin

May be an image of 3 people, people sitting, people standing and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 5 people, people sitting, indoor and text that says 'PENGERUSI'

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person and text that says 'RAZARUDIN'

May be an image of 3 people, people sitting and text

May be an image of 1 person, standing and text that says 'HAILY'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS