Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] PASCA PRU-15: POLIS TERIMA 3,417 LAPORAN BERKAIT KESALAHAN PRU DI SELURUH NEGARA

 
Kuala Lumpur, 21 November 2022 - Sebanyak 3,417 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bermula dari 4 Nov hingga pasca pilihan raya semalam.

Daripada jumlah itu, Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, Kedah mencatatkan jumlah laporan kesalahan tertinggi iaitu sebanyak 447, diikuti 433 laporan masing-masing di Selangor dan Pahang, Kelantan (429); Perak (334) serta Johor (299).

Menurutnya, sebanyak 228 laporan diterima di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (218); Perlis (210); Sabah (116); Sarawak (87); Pulau Pinang (83); Terengganu (61) dan Melaka (39).

"Sebanyak 508 kertas siasatan telah dibuka, 149 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, enam telah dituduh dan empat individu dijatuhi hukuman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, CP Dato' Sri Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM berkata, semalam tujuh kertas siasatan telah dibuka dan satu tangkapan telah dibuat di Kedah melibatkan enam lelaki bersabit kertas siasatan bertarikh 19 Nov.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS