Kuala Lumpur, 3 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Ketua Penolong Pengarah (KPP) dan Ketua-ketua JSJ seluruh negara secara bersemuka serta melalui telesidang bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, di sini, siang tadi.
Turut hadir, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan), Bukit Aman, DCP Dato' Rusdi Mohd Isa.