Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI TAHUN 2023

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

Saya serta isteri mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu.

Di negara ini, kedatangan Pesta Cahaya tidak hanya disambut oleh kaum India sahaja sebaliknya turut diraikan oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan penuh meriah dan keceriaan. Selari dengan semangat Malaysia Madani yang mengutamakan perpaduan antara kaum, kepelbagaian budaya yang terdapat di negara ini perlu dihargai, disuburi serta diwariskan hingga ke anak cucu.

Kepada mereka yang merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti perayaan ini, pastikan kediaman yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat dan terkawal. Rancanglah perjalanan serta patuhi peraturan keselamatan jalan raya yang ditetapkan agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Sekali lagi, saya dan isteri serta seluruh warga PDRM mengucapkan Selamat Hari Deepavali dan semoga kita terus bersatu hati agar generasi akan datang dapat mewarisi sebuah negara Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

“Deepavali Vaalthukkal”

(TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN) IG
Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS