Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[VIDEO PILIHAN] OP SELAMAT 22: TINJAUAN ALIRAN TRAFIK MELALUI UDARA

Ketua Urus Setia Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, ACP Azman Shari'at bersama Pasukan Gerakan Udara dan kru Buletin TV3 telah melakukan tinjauan aliran trafik di beberapa lokasi lebuh raya utama sempena Op Selamat 22.

Tinjauan menggunakan helikopter jenis AW139 itu dipandu oleh Juruterbang, Superintendan Shaifuddin Mohd Noor dengan dibantu Pembantu Juruterbang, DSP Md Nurkhail Md Zaini bersama Pemerhati Udara, Lans Koperal Muhamad Danial Zakwan Razali dan Lans Koperal Azlinda Norsam.

Hasil tinjauan mendapati, aliran trafik berada dalam keadaan lancar dan terkawal berikutan ramai pengguna jalan raya telah pulang ke kampung halaman dengan lebih awal.

Turut sama dalam tinjauan tadi ialah Ketua Penolong Pengarah Kawalan Lalu Lintas JSPT Bukit Aman, Superintendan Mohd Yatim Hj. Osman.

Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Link Pautan: https://fb.watch/rso1KrS9_N/