Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

VIDEO PILIHAN: PENGORBANAN ANGGOTA POLIS PASTIKAN TRAFIK LANCAR

Ketika masyarakat sibuk menikmati juadah berbuka dengan keadaan selesa di rumah masing-masing, anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Kelantan pula masih bertugas melancarkan aliran trafik.

Di sebalik cuaca panas, mereka tetap bersemangat walaupun terpaksa meninggalkan keluarga, dan hanya rakan setugas yang menemani bersama juadah sederhana ketika waktu berbuka.

Meskipun berbuka di jalanan, semangat dan komitmen tinggi tetap dipamerkan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di tengah kesibukan persiapan raya diutamakan.

Sumber: Astro AWANI