Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: EMPAT INDIVIDU TULAR MASAK MI SEGERA DI STESEN MINYAK DIDENDA RM500

Bentong, 21 Mei 2024 - Empat individu termasuk tiga wanita yang video mereka tular di media sosial kerana memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands minggu lepas, didenda RM500 atau penjara tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nadhratun Naiem Zainan menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga kedai makan Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24, pegawai perkhidmatan pelanggan Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24, pembantu pergigian Nur Anis Salleh, 24, dan ejen hartanah Nur Azira Azman, 23, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memasak menggunakan dapur gas dalam kawasan stesen minyak Taman Cendawan, Genting Highlands di sini pada 1.30 pagi, 12 Mei lepas, yang merupakan perbuatan gopoh sehingga membahayakan keselamatan orang lain.

Pendakwaan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Nadhratun Naiem mempersoalkan tindakan kesemua tertuduh melakukan aktiviti memasak di kawasan stesen minyak berkenaan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS