Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN PENUHI UNDANGAN PANEL SEMBANG SANTAI MALAYSIA MADANI


Putrajaya, 21 Mei 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan sebagai ahli panel dalam ‘podcast’ Sembang Santai CAKNA Kenegaraan (CAK!) yang diadakan di Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, pagi tadi.

Temu bual yang bertajuk “Malaysia MADANI: Keselamatan Sosial” anjuran AKM itu turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Rasmi AKM serta dihoskan oleh Pengarah Bahagian Domain Digital dan Media, AKM, Pejabat Perdana Menteri, Encik Noor Dasrafeezal Abdul Shukur.

Antara intipati yang dikupas oleh Dato’ Sri Ayob Khan dalam wadah perbincangan lebih satu jam itu menekankan pemantapan integriti melalui tatakelola yang baik khususnya dalam kalangan penjawat awam yang perlu dititik beratkan dalam menjamin keselamatan sosial negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata integriti bukan sekadar mengekang jenayah rasuah malah turut merangkumi amalan budaya kerja cemerlang.

“Selaku penjawat awam yang merupakan pelaksana dalam sesebuah organisasi hendaklah sentiasa cakna dengan visi dan misi yang digariskan oleh kerajaan,” tambah beliau.

Menurutnya lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebuah institusi penguatkuasaan utama negara akan sentiasa berpegang teguh memastikan keselamatan dan ketenteraman awam negara terpelihara.

Hadir sama menyaksikan temu bual tersebut adalah para pegawai kanan PDRM dan AKM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 5 people, newsroom and text that says 't00 S @HAK MILIKTORM MILIK DRM Cu AK.'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people and suit

May be an image of 1 person, newsroom, dais and text

May be an image of 12 people and text that says 'KELUAR @HAK MILIK 回'

May be an image of 7 people, television, newsroom and text

May be an image of 3 people, hospital and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS