Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

VIDEO TULAR: INDIVIDU DITANGKAP DIDAKWA MENCURI KERETA

"Seorang lelaki yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau berjaya ditahan selepas dipercayai cuba mencuri sebuah kereta pada 15 Mei lalu. Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20an ditahan di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok di sini."

"Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris berkata anggota bertugas ronda cegah jenayah Balai Polis Bukit Mertajam telah menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan sebuah kereta jenis Datsun 120y telah dicuri di kawasan tersebut."

"Hasil siasatan, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan dan mempunyai tujuh rekod jenayah serta lima kes dadah. Suspek juga merupakan orang dikehendaki. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris

Pautan Video:
https://youtube.com/shorts/5JA1fJg-vYw?feature=share
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS