Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Kebudayaan dan Keseniaan bersempena sambutan Hari Polis Ke-217 dekat Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Program yang julung kali diadakan itu bertujuan meraikan kepelbagaian budaya dan warisan serta campuran etnik,
agama dan tradisi di Malaysia khususnya dalam kalangan warga Pasukan.
Beberapa acara telah dipertandingkan seperti sayembara penulisan puisi, sayembara deklamasi puisi, pidato dan pementasan teater yang melibatkan warga Sang Saka Biru dalam setiap kategori.