Ipoh, 1 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bertempat di Pejabat Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, semalam.
Kunjungan hormat itu diadakan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan sedia ada antara warga Polis Diraja Malaysia
Kontinjen Perak dan JSJN Bukit Aman secara amnya selain membincangkan tentang isu-isu semasa melibatkan jenayah narkotik.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), JSJN Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din, Ketua JSJN IPK Perak, ACP Lee King Chuan, Penolong Pengarah Narkotik (Urus Setia), JSJN Bukit Aman, Superintenden Chew Chee Lee dan Timbalan Ketua JSJN IPK Perak, Superitenden Mohd Husni Manaf.