Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: BEKALKAN POLIS PERALATAN LEBIH CANGGIH, BANTERAS JENAYAH

Bagan Datuk, 2 Jun 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dibekalkan dengan peralatan canggih selari dengan perkembangan teknologi yang pesat, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pasukan keselamatan itu perlu memiliki pelbagai kelebihan dalam usaha membanteras jenayah, semasa penjenayah menggunakan teknologi terkini yang berubah dengan pantas untuk menjalankan kegiatan mereka.

“Dalam hal ini penggunaan AI (kecerdasan buatan) umpamanya dan IOT (Internet benda) adalah antara elemen penting yang harus diberikan kepada pihak PDRM,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam sidang media selepas melancarkan pengoperasian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk di Hutan Melintang dekat sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dalam ucapan aluannya berkata IPD Bagan Datuk secara tidak rasmi mula beroperasi pada 16 Mac lepas dengan kekuatan 267 perjawatan.

Beliau berkata Balai Polis Hutan Melintang dipilih untuk menjadi pusat operasi sementara IPD Bagan Datuk apabila melihat kepada kesesuaian kompleks balai polis itu yang siap dibina pada 2012.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2303875&fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTEAAR1uvCb_cT6iMlXzuDw7-SSiqFK-e97c0_-Hoe63RyF-qhl6WWT_9oeWD14_aem_ATHeycYdZed5tarfdXZWHRs-f1HcGPHIC8g7CtG0SqGIPQEsdHMVUHkSUT9gkGphIWLuPaKmiXKc15fqrHqYCNDb
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS