Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: AKSI 'SUPERMAN' DI LEBUHRAYA GUTHRIE MAKAN DIRI

Sungai Buloh, 12 Jun 2024 - Aksi 'superman' sekumpulan penunggang motosikal di Lebuhraya Guthrie di sini menjerat diri selepas ditahan polis pada Rabu.
Tujuh penunggang motosikal termasuk lima pelajar sekolah itu ditahan pada jam 2.25 pagi oleh sepasukan Unit Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi Op Samseng Jalanan

Pemangku Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nasri Omar berkata, penunggang berusia 16 hingga 23 tahun terbabit dikesan melakukan aksi 'superman', menundukkan badan, zig-zag dan bersaing sesama sendiri.
"Soal siasat dijalankan mendapati mereka merupakan kenalan rapat yang menetap di sekitar Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor.

"Mereka mendakwa melakukan aksi itu sekadar suka-suka bersama rakan yang mempunyai minat dalam aktiviti motosikal," katanya pada Rabu.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../aksi-superman-di...

Sumber: Sinar Harian


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS