Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PESURUHJAYA POLIS SABAH

Kota Kinabalu, 12 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Kunjungan hormat yang diadakan bersempena Latihan Dalam Perkhidmatan Siasatan Kes-Kes Penipuan Dalam Talian National Scam Response Center (NSRC) kepada pegawai dan penolong pegawai penyiasat di kontinjen tersebut.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Jenayah Siber) JSJK Bukit Aman, DCP Dato' Dr. Lim Joo Soon, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais dan Ketua JSJK Sabah, Superintendan Raduan Othman.

Sumber: Polis Sabah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS