Putrajaya, 5 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis “Clock-In” Ketua Setiausaha (KSU)
Kementerian Dalam Negeri (KDN) baharu, Datuk Awang Alik Jeman yang berlangsung di pekarangan lobi Ibu Pejabat KDN di sini, pagi tadi.
Datuk Awang Alik sebelum ini menggalas jawatan Timbalan KSU Kanan di
Jabatan Perdana Menteri dan diberi kepercayaan memegang portfolio KSU KDN bagi menggantikan Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi yang akan berkhidmat sebagai KSU di
Kementerian Pendidikan Malaysia berkuat kuasa hari ini.
Majlis diteruskan di Bilik Mesyuarat Perkasa dengan sesi taklimat mengenai KDN oleh Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Puan Ainah Mohd Soon yang turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi KDN dan Ketua-ketua jabatan serta agensi di bawah kementerian.
Semoga di bawah kepimpinan Datuk Awang Alik, warga kerja KDN dan seluruh jabatan dan agensi di bawahnya akan terus memacu khidmat cemerlang serta menjaga keselamatan dan keamanan negara dengan utuh.