Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#OPBANJIR KPN IRING MDN KE SESI TAKLIMAT SITUASI BANJIR DI NEGERI KEDAH

Alor Setar, 3 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke sesi taklimat berkaitan situasi terkini banjir di Kedah, yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini hari ini.

Taklimat yang berlangsung lebih kurang sejam itu telah disampaikan oleh Ketua Polis (KP) Kedah, CP Dato' Fisol Salleh.

Antara perkara yang disentuh adalah mengenai jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) dan mangsa bencana banjir yang terkesan, bilangan laporan polis diterima berkaitan kerosakan akibat banjir serta kekuatan sumber manusia dan aset kenderaan Polis Diraja Malaysia yang digerakkan dalam operasi banjir.

Sementara itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Tan Sri Razaruddin dijadual akan mengadakan lawatan ke beberapa PPS dalam Kontinjen Kedah esok bagi menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk di kawasan terjejas banjir.

Hadir sama dalam sesi taklimat ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia, Datuk Yahya Sulaiman, Timbalan KP Kedah, DCP Adzli Abu Shah, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Kedah serta barisan pegawai kanan polis.

Jurugambar: Polis Kedah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS