Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN HADIR UNDANGAN SEBAGAI PEMBENTANG DALAM SIMPOSIUM TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN MBI

 
Shah Alam, 4 Disember 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi berbesar hati menerima undangan sebagai pembentang dalam Simposium Tadbir Urus Korporat Kumpulan MBI yang berlangsung di Courtyard by Marriot Setia Alam, di sini.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Tuan Hj. Ts. Saipolyazan M Yusof.

Dalam sesi perkongsian mengenai ‘Aspek Integriti dan Tatakelola Dalam Agensi Penguatkuasaan’ yang berlangsung lebih kurang sejam itu, Dato’ Sri Ayob Khan menekankan tiga aspek penting dalam tadbir urus kerajaan khususnya dalam konteks penjawat awam iaitu integriti, ketanggungjawaban dan akauntabiliti bagi memastikan sesuatu organisasi itu dapat ditadbir dengan baik.

“Reformasi institusi dan tatakelola bertujuan bagi meningkatkan kecekapan, kejujuran serta keberkesanan dalam pentadbiran awam bagi mengukuhkan kedaulatan undang-undang serta membangun keyakinan rakyat”, ujar beliau lagi.

Selain itu, terdapat tiga lagi pembentangan daripada agensi lain iaitu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia, Encik Iskandar Ismail, Pengarah Bahagian Pematuhan Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Puan Norhaiza Jemon dan Presiden Institut Juruaudit Dalaman Malaysia, Encik Mohd Khaidzir Shahari.

Turut berlangsung sesi forum yang bertajuk ‘Konflik Kepentingan – Apakah Cabaran dan Peranan Ahli Lembaga Pengarah?’ yang menampilkan panel seperti Ketua Integriti Sektor Swasta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Encik Mohd Hasraff Hashim, Pengarah Program MBA, Putra Business School, Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff serta Director, Governance and Sustainability, Advicecube Bahrain, Dr. Geetha Rubasundaram dengan dibantu Hos dan Wartawan Astro AWANI, Luqman Hariz Ahamad Shaker selaku moderator.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Hj. Mohd Iqbal Ibrahim.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people, suit and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS