Tumpat, 9 Disember 2024 - Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan jejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) DIG Dato’ Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay.
Beliau berkata kesemuanya belum boleh mendiami kediaman masing-masing dan kini berlindung di berapa kem
Pasukan Gerakan Am.
“Sewaktu banjir berlaku, mereka (pegawai dan anggota polis) tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana terlibat dengan penugasan bencana ini.
“Air naik begitu cepat, kebanyakan pegawai dan anggota tidak sempat menyelamatkan barang-barang mereka dan kawasan perumahan terjejas teruk serta tiada apa yang tinggal," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan perumahan Taman Sri Bayu yang menempatkan 112 pegawai dan anggota polis di sini hari ini.