Terima kasih diucapkan kepada Koperal Muhammad Amilludin Nordin dan Lans Koperal Sokongan Huzairin Husin dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah
SUBANG JAYA atas bantuan mereka kepada seorang pemilik kereta yang mengalami kesulitan selepas tayar kenderaannya pancit berdekatan Plaza Tol MEX Seri Kembangan, malam tadi.
Kedua-dua anggota berkenaan berjaya menukar tayar lelaki tersebut meskipun dalam keadaan hujan lebat.Keprihatinan dan komitmen tinggi yang ditunjukan oleh kedua-dua mereka membuktikan warga Sang Saka Biru sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat walau dalam apa jua keadaan.
Syabas Koperal Amilludin dan Lans Koperal Huzairin atas dedikasi yang kalian tunjukkan!
Sumber: TikTok ImieGorgone