Selain itu, Tan Sri Razarudin turut menekankan bahawa matlamat utama pelaksanaan strategi tersebut adalah bagi meningkatkan keberkesanan operasi, memperkukuh keselamatan awam dan memperbaiki kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat.
Hadir sama dalam mesyuarat tadi ialah barisan Pengarah PDRM, Pemangku Pengarah Jabatan KDNKA, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, barisan Ketua Polis Negeri, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin.