Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan beberapa balai polis yang terjejas akibat banjir di dalam daerah Pasir Mas dan Tumpat pada 9 Disember 2024.
Dato’ Sri Ayob Khan yang diiringi Ketua
Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat telah dibawa melawat balai-balai yang terjejas akibat banjir antaranya ialah Balai Polis Rantau Panjang, Balai Polis Bakong, Balai Polis Meranti, Balai Polis Jeram Perdah, Balai Polis Kuala Jambu dan Balai Polis Simpangan.
Lawatan itu bertujuan untuk meninjau kesan kerosakan di balai polis berkenaan disamping memberi sokongan kepada anggota polis yang bertugas selain memantau tindakan pemulihan bagi memastikan kelancaran operasi balai dapat kembali seperti sedia kala.