Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meneruskan lawatan kerja rasminya pada hari kedua pada 9 Disember 2024 di Balai Polis Ketereh dengan menyantuni warga Pasukan yang terjejas akibat bencana banjir di dalam daerah tersebut.
Dalam siri lawatan kerja itu, Dato' Sri Ayob Khan juga sempat membuat tinjauan dari udara di sekitar Daerah Rantau
Panjang, Pasir Mas dan Tumpat di Kelantan dengan menggunakan helikopter jenis AW139 milik Pasukan Gerakan Udara.