Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: PDRM SIAP SIAGA KAWALAN KESELAMATAN SEMPENA WTD, WTC - KPN

Alor Gajah, 15 Disember 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan membantu Kerajaan Melaka dalam melaksanakan penugasan pegawai dan anggota bagi kedua-dua sambutan berkenaan yang dijadual pada September depan.

“Dari segi keselamatan, kita akan membantu sepenuhnya dan sekiranya ada program-program yang perlu untuk pihak polis bersama-sama dengan Kerajaan negeri, kita akan membantu sepenuhnya insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Jamuan Rakyat sempena Program Kerajaan Negeri Melaka bersama PDRM di Masjid Tanah hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS