Putrajaya, 16 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengetuai delegasi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Mesyuarat Penambahbaikan Perkhidmatan PDRM Di Bawah Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi di Bangunan Perdana Putra, di sini.
Mesyuarat tersebut bagi membincangkan permohonan PDRM mengenai cadangan penambahbaikan di bawah SSPA untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan warga Pasukan yang terlibat dalam pemilihan skim tersebut.
Antara perkara induk yang dibincangkan menerusi mesyuarat tersebut termasuklah hak kesamarataan skim perkhidmatan PDRM sebagai mana syor Persatuan Pegawai Kanan Polis yang diangkat kepada pucuk pimpinan negara melibatkan kesetaraan gred, kemajuan kerjaya, penambahbaikan Skim Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli serta beberapa bayaran insentif dalam PDRM.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Timbalan KPPA (Pembangunan), Datuk Dr. Anesee Ibrahim, DCP Dasar Sumber Manusia PDRM Jabatan
Pengurusan Bukit Aman, DCP Mohd Asri Md Akhir, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman, SAC Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bukit Aman, SAC Mohd Zaini Abu Hassan serta wakil-wakil daripada
Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Kementerian Dalam Negeri.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali