Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN PENGERUSIKAN MESYUARAT JAWATANKUASA PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT SPP BILANGAN 2/2024

Kuala Lumpur, 18 Disember 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) Bilangan 2/2024 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, di sini, petang tadi.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam tersebut bertujuan membincangkan perkara-perkara berbangkit dalam Pasukan dan isu tadbir urus.

Yang turut hadir, ahli-ahli SPP, Tan Sri Alwi Hj. Ibrahim, Tan Sri Mazlan Mansor, Dato' Sri Zamri Yahya, Dato' Sri Muez Abd Aziz, Datuk Awang Besar Dullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Ab Rahaman Arsad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman, SAC Mohamed Mokhsein Mohamed Zon dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Perlesenan Am/Jawatankuasa Penyiasat (CE) Bukit Aman, SAC Aminuddin Dahlan.

Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Sabri

May be an image of 1 person and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 9 people, lighting and table

May be an image of 13 people and text

May be an image of 5 people, suit, dais and text

May be an image of 2 people, newsroom and text

May be an image of 11 people, newsroom and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS