Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: KPB KAMPUNG BHARU, MANJUNG PRIHATIN TERHADAP MASYARAKAT

Sekecil mana pun bantuan diberikan, ia tetap memberi impak besar kepada yang memerlukan.

Itulah yang dilakukan oleh Ketua Polis Balai (KPB) Kampung Bharu, Manjung, Sarjan Mejar Mohd Nur Hafsham Mohd Wazir bersama Konstabel Muhammad Idham Rashid telah membantu seorang lelaki yang mengalami kerosakan kenderaan semasa membuat tugas rondaan di Jalan Besar Kampung Bharu-Lumut dekat Manjung, Perak, semalam.

Atas keprihatinan Sarjan Mejar Mohd Nur Hafsham dan Konstabel Muhammad Idham, kenderaan tersebut berjaya dihantar ke bengkel dengan kadar segera bagi tujuan baik pulih.

Terima kasih atas jasa dan sumbangan yang diberikan agar dapat menjadi ikutan buat warga Sang Saka Biru yang lain, seiring dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS