Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

VIDEO PILIHAN: PERSIDANGAN DAN EKSPO KESELAMATAN ANTARABANGSA ASIA 2025 (AISSE'25)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd. serta Koperasi PDRM Berhad akan menganjurkan Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) pada:

🗓️ Tarikh: 20 - 22 Januari 2025

🕐 Masa: 10.00 pagi hingga 6.00 petang

📍 Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Program yang julung kalinya diadakan itu selaras dengan komitmen KDN untuk membangun dan memperjuangkan negara-negara aman serta persembahan pameran teknologi tinggi yang menunjukkan teknologi keselamatan canggih dan peralatan daripada syarikat terkemuka dalam industri.

Bertemakan "Asia United: Charting The Future of Global Peace and Security through Law Enforcement Collaboration", program berkenaan bakal menghimpunkan 200 organisasi keselamatan dan pemain industri dari lebih 15 buah negara.

Layari https://aisse.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AISSE'25.

Sumber: Asia International Security Summit & Expo

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi Polis Diraja Malaysia dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS