Pelabuhan Klang, 25 Disember 2024 - Pihak berkuasa akan meningkatkan kekerapan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa di sepanjang Sungai Golok antara Malaysia-Thailand.
“Apa yang saya lihat berdasarkan tinjauan di sepanjang Sungai Golok, aktiviti rentas sempadan semakin berkurangan susulan larangan dikuatkuasakan.
“Kita tidak mahu ada pihak cuba ambil kesempatan termasuk menukar taktik lain atau sebagainya untuk merentas sempadan secara haram," katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Komander
Pasukan Polis Marin di sini pada Selasa.
Dato' Sri Azmi berkata, pihaknya turut merangka beberapa strategi bagi memantapkan tindakan penguatkuasaan dijalankan bermula Disember lalu.
“Ada beberapa langkah sedang dirancang dan diambil tindakan segera bagi memastikan sebarang usaha merentas secara haram dibanteras sepenuhnya.
“Ada beberapa cubaan rentas secara haram berjaya dipatahkan dan secara amnya, ia semakin berkurangan dan tidak lagi seperti dahulu,” katanya.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran