Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Syarikat-syarikat Sewa Beli Malaysia di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan berkenaan isu sindiket pembiayaan kereta yang mampu
menyebabkan kerugian kepada bank dan syarikat kredit selain sindiket penarik kereta haram yang semakin berleluasa di dalam negara.