Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PADAH RASUAH POLIS, WARGA ASING DIPENJARA 2 BULAN

Kuantan, 1 Januari 2025- Seorang pekerja pasar borong warga Myanmar dihukum penjara dua bulan selepas mengaku salah memberi suapan RM200 kepada anggota polis di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Tertuduh, Muhammed Shafi Muhammed Taher, 28, didakwa melakukan perbuatan itu bagi mengelak dikenakan tindakan selepas ditahan memandu tanpa lesen.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika sekatan jalan raya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands jam 12.30 tengah hari pada 26 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa dengan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Puan Suriawani Abdul Rahim.

Berdasarkan fakta kes, seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor menjalankan tugas sekatan jalan raya melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan Proton Saga dipandu tertuduh.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS