Melaka, 2 Januari 2025 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (
JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad hadir sebagai saksi pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Melaka di antara DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah dengan pemangkunya, SAC Datuk Md Nazri Zawawi di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.
Datuk Wira Hj. Zainol bakal menjalani persaraan wajib pada 3
Januari ini setelah 38 tahun menabur bakti dalam Polis Diraja Malaysia.
Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah serah terima tugas bagi jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka di antara Datin Wira Hjh. Sabariah Hj. Hashim dengan pemangku, Datin Shahida Salleh sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP
JIPS, Datin Sri Norliah Othman.
Dato’ Sri Azri dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga apabila Datuk Wira Hj. Zainol telah memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di Melaka sentiasa terjamin sepanjang memegang jawatan sebagai KP negeri.
Hadir sama, barisan ketua jabatan dan formasi Kontinjen Melaka, ketua-ketua polis daerah, ahli-ahli PERKEP negeri serta warga kerja IPK Melaka.